
|
SPM
Sunday, November 3, 2013 | 11:43:00 AM | 0 Notes
hai..dah lama sangat aku tak update..aku sendiri ok.bukan orang tu..haha
pejam celik pejam celik dan harap bukan pejam tak celik2,aku dah nak SPM pada 6/11-27/11 ni ..berdebar nak jawab paper first iaitu BM..wish me the best..aku dah tak sabar nak meninggalkan sekolah tu..meninggalkan segala kenangan pahit payau masam masin kelat..dan berharap lepas ni dapat pergi jauh dari sini..daripada jumpa orang2 yang aku taknak jumpa..daripada ingat tempat2 yang aku taknak ingat..hehe jahatnya aku..dan sehubungan dengan itu kepada sesiapa yang rajin terbaca blog aku ni,aku nak minta maaf dari hujung rambut yang halus berkilat bersinar tu sampailah hujung kaki yang putih halus mulus tu jika aku ada buat salah dan silap sepanjang korang semua kenal aku..halalkan yang terlebih dan terkurang,tersimpan dan tercakap,tersepak dan terpijak,tersinggung dan tertolak..semoga hidup anda sentiasa diberkatiNya.
Walaupun aku sendiri tak yakin dengan diri aku,tapi aku harap aku akan dapat keputusan yang mampu buat keluarga & orang2 yang aku sayang gembira.memikul satu tanggungjawab di mana kita sendiri menjadi harapan untuk sesetengah orang bukan senang..aku takut kalau aku menghampakan depa..
Ustaz cakap..kalau kita minta kepada Allah nakkan sesuatu sekarang,tapi tak dapat,mungkin Allah ada sesuatu yang lebih baik untuk kita pada masa akan datang..kalau kita minta sesuatu perkara tapi tak dapat di dunia, insha Allah di akhirat kita akan dapat..semoga aku sentiasa jadi orang yang selalu redha dengan apa yang dah ditentukan..Amiin..
Kepada orang tu,terima kasih.semoga kamu selalu ikhlas & sabar melayan sikap & kerenah orang ni .
<3
Semoga Allah permudahkan jalannya untuk aku ..amiin
-O.I.S-
|
|