+ Follow | ♥ Dashboard
♕Shin Min Hyo's Territory♕
Daisypath Happy Birthday tickers
Hilang Ingatan ?
Saturday, April 13, 2013 | 6:34:00 PM | 0 Notes

Hai :) .netball? ok bukan rezeki untuk tahun terakhir ni.Tapi kalah bermaruah.At least dapatlah bagi saingan dekat sekolah tuutt.Cerita netball dah habis.Sekarang cerita tentang belajar.U know study? Aku banyak tinggal kelas minggu ni.Jadi kerja sekolah tu pun setimpal dengan kelas yang aku tinggal.
Masuk bab stress.Ye aku memang stress sejak akhir-akhir-akhir-akhir ni.Nampak tak banyak akhir tu?Maksudnya memang dah lama lah aku stress.Dari segala aspek aku stress.Baca formula ni:

1.Stress+stress=Menangis
2.Stress+stress=Menangis+Penat=Tidur=Kerja sekolah tertangguh
3.Stress+stress=Hilang ingatan 
4.Stress+stress=Gila=Masuk hospital

Jadi,tahap aku cuma sampai yang ke-3 je.Tapi aku rasa dah parah sangat.Benda yang baru je aku buat aku tak ingat.Barang yang penting contohnya I.C ,ulang suara ---> IC & lesen aku lupa letak mana.Aku dah cuba ingat-ingat balik dekat mana aku letak.Tapi macam memori tentang tu sekerat jalan je.Tu baru IC & lesen.Kejadian ni baru je berlaku masa aku balik kelas fizik tadi.Dekat parking lot tu jugak aku menitiskan air mata depan kawan-kawan aku.Diorang pun dah selalu sangat tengok aku nangis.Kunci motor mak aku hilang & aku lupa letak mana! Aku telefon mak aku,dan bermula dari situlah aku nangis.Aku takut mak aku marah.Dan dan memang mak aku marah.Dengan cuaca yang panas terik tu kawan-kawan aku sanggup tunggu,sanggup cari.Kawan aku yang dah sampai rumah tu pun sanggup datang balik sekolah sebab nak tolong aku.Masyaallah ! Jutaan,ribuan terima kasih kepada ZATY,FATIN,ADAM,EQA,IESZ,AMIN(birthday boy).
sedih sangat tadi.Berkat doa 'orang-orang yang sayang aku'  ,alhamdulillah selesai masalah.Cikgu yang jumpa kunci tu.Tadi ada mesyuarat PIBG.Jadi mungkin ada orang yang baik hati jumpa kunci tu,bagi kat cikgu.Masa dapat kunci tu,sekali lagi aku nangis. -,- .Cikgu-cikgu yang ada tengok termasuk pengetua,penolong kanan,tetamu yang datang.Dengan genggam tangan fatin,aku terus pergi tempat motor. T_T .Masa jalan tu,badan aku rasa lemah sangat,rasa nak jatuh kat situ jugak memikirkan apa yang aku dah buat.Air mata jangan cakaplah,menitis je.Ya Allah..Balik rumah sekali lagi kena marah dengan mak.
Mak,ya minta maaf susahkan mak
 T_T .
T_T
T_T
Aku rasa macam nak mengalir je air mata ni masa tengah taip semua ni.
Lepas solat zuhur,aku doa pertemukanlah aku dengan IC & lesen aku.Dahla nak periksa tahun ni,kalau hilang terus kan susah.Nak kena pergi balai polis,nak buat yang baru.Semua tu perlukan $$$$$$$.Lagi satu menyusahkan.Menyusahkan mak aku.Buat susah hati dia.Cukuplah dengan kesusahan hati yang dia alami selama ni.Jadi yang hilang IC & lesen tu aku tak bagitahu mak.Alhamdulillah lepas solat,aku cek balik barang-barang aku,bukak almari,rupa-rupanya dalam kotak pensel lama aku.Subhanallah! Barulah aku ingat balik macam mana boleh sampai aku letak situ. T_T .
Orang yang tertekan sangat ni boleh hilang ingatan@pelupa tahap teruk ke ?

Aku lega semua dah jumpa.
Sekarang kerja sekolah yang menimbun.
Dengan skip tajuk baru semua.Harap aku boleh cover balik.
Another fortnight for mid year exam.Once again i repeat--->MID YEAR EXAM ! 

OPPA! Thanks for the support.I appreciate it very much.I will not give up as long as the situation is same like the true story about the video :)
T_T

-O.I.S-

Older Post | Newer Post


Copyright Shin Min Hyo 2017