+ Follow | ♥ Dashboard
♕Shin Min Hyo's Territory♕
Daisypath Happy Birthday tickers
Resipi Senandung Kejayaan..
Sunday, March 17, 2013 | 12:49:00 PM | 0 Notes

Hai.Aku baru selesai jawab PK 1. >.<
Dalam banyak-banyak kertas aku jawab,paling stress ialah kertas MATEMATIK !
Oh my..Selalu tak macam ni.Soalan tu aku boleh jawab tapi disebabkan tak ingat step,hilang 4 markah.Kalau hilang 4 markah je takpe,tapi kalau soalan lain tu ada yang salah macam mana?HHmm..Silap sendiri juga.Ada la dalam beberapa kertas dah dapat balik dan dan aku terkilan kertas BM.1 markah lagi nak ke A+.Tapi mungkin kali ni bukan rezeki aku nak dapat BM A+ kan.Takpe reda je.Insha Allah adalah hikmahnya tu.Aku update blog ni sebab nak kongsi sesuatu yang berguna di samping meluahkan tentang PK 1 ni.Haha..Benda ni aku jumpa terselit kat buku teks PJK aku.Mungkin kepunyaan budak yang guna buku tu sebelum aku kot.Nak baca tekan bawah ni...

Resipi Senandung Kejayaan

Bahan-bahan:

1.Buku secukupnya (ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan (diparut)
3.Kerajinan
4. 4 hiris keinsafan (dimayang)
5.Beberapa potong nasihat
6.Beberapa pohon doa
7.Sedikit dendam dan hasad dengki (dihancur & dilumat)
8.Secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)
9.Segenggam harapan
10. 1/3 cawan air mata
11.Semangkuk azan
12.Sekuntum senyuman (sebagai hiasan)



Cara-cara membuatnya:

1.Buku dipotong (dibuka) lima,basuh dan toskan.Gaulkan buku dengan azam,biarkan seketika sehingga mesra.
2.Ketekunan diperah untuk menjadikan satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha.
3.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaul bersama.
4.Tuangkan air mata,tumiskan keinsafan,goreng hingga bangkit baunya (timbul kesedaran).
5.Masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi kemudian kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna.
6.Masukkan buku dan campurkan dengan usaha kemudian didihkan.
7.Tambahkan kerajinan dan akhirnya masukkan kesungguhan.
8.Tutup dengan keimanan.Apabila sudah berjaya rasakan nikmatnya.
9.Jika kurang sedap,tambahkan lagi usaha sehingga puas hati.
10. Masak lagi sehingga sedap kemudian angkat.
11.Apabila sudah sejuk,hidangkan dengan sebuah kebanggaan.
12.Lebih cantik lagi jika ditaburkan dengan kesyukuran dan hiaskan dengan sekuntum senyuman.

Hah ! Seronok?? Itu je.Renung-renungkan dan selamat beramal !

p/s: Jumaat ni aku akan menghadapi salah satu ujian dalam hidup.Aahhh doakanlah yang terbaik untuk aku dan sahabat aku supaya kami lulus :)

Sekian,Wassalam.

-O.I.S-


Older Post | Newer Post


Copyright Shin Min Hyo 2017